Agenda #1

Ekosistem Fintech Malaysia
Jangkaan 1 trillion peranti yang akan bersambung ke internet pada tahun 2025 menunjukkan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa ini akan bertambah cepat dan pesat.
Agenda #2

Perbankan Digital
Sistem Perbankan Digital bukanlah sesuatu yang opsyenal, tetapi adalah sesuatu yang mesti diimplementasikan bagi memastikan survival sesebuah entiti kewangan
Agenda #3



Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi
Dalam forum "Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi", panelist bersetuju bahawa syarikat fintech Islamik mempunyai tanggung jawab tambahan yang amat penting iaitu untuk memastikan setiap peraturan dan syarat-syarat kewangan Islam dipatuhi
Agenda #4




Bank Sebagai
Pembiaya Koperasi
Forum kedua mengetengahkan En Tun Yazli ASri bin Yaacob dari Bank Rakyat, Puan Afida binti Ghazali dari MBSB Bank, Dato’ Syed Ghazali Wafa bin Syed Adwan Wafa dari KOPSYA. Tuan Haji Nasir Khan Yahya, CEO Kumpulan Angkasa bertindak sebagai moderator.
Agenda #5




Teknologi Kewangan Islam Masa Hadapan
Dalam membina sebuah platform yang baru, panelis berpendapat bahawa adalah penting bagi pembinaan sebuah platform yang boleh menarik minat belia untuk menyertai koperasi, disebabkan koperasi memerlukan keahlian yang muda untuk memastikan kesinambungan koperasi tersebut
Agenda #6

Sistem Perbankan Teras Patuh Syariah
Kebaikan Sistem Teras Patuh Syariah yang disampaikan oleh Penasihat Syariah, Saadiqin Tijara - BIT Group Bhd adalah untuk menguruskan segala proses pembiayaan, akaun, keahlian, penawaran produk baharu secara patuh syariah
Agenda #7

Pusat Perkhidmatan Setempat Untuk Penyelesaian Kredit Bersepadu
En Mohamad Darulnizam Mat Darus dari ANGKASA menyeru kesemua koperator agar dapat menghayati proses perkhidmatan setempat untuk penyelesaian kredit bersepadu agar dapat memberikan khidmat yang cemerlang kepada ahli koperasi
RAKAN KOLABORASI
