Search
  • Fatin Nabilah

Bank Sebagai Pembiaya Koperasi


Forum kedua pada persidangan tersebut bertajuk “Bank Sebagai Pembiaya Koperasi” mengenengahkan panelis-panelis dari bank-bank tempatan seperti En Tun Yazli ASri bin Yaacob dari Bank Rakyat, Puan Afida binti Ghazali dari MBSB Bank, Dato’ Syed Ghazali Wafa bin Syed Adwan Wafa dari KOPSYA. Tuan Haji Nasir Khan Yahya, CEO Kumpulan Angkasa bertindak sebagai moderator untuk forum yang dilangsungkan di sebelah malam pada hari pertama persidangan.


Bank, seperti mana-mana perniagaan lain merupakan sebuah perniagaan yang menginginkan keuntungan. Pun begitu, selain daripada menawarkan khidmat kewangan demi mendapatkan keuntungan, institusi-institusi kewangan juga perlu memberikan khidmat nasihat kepada koperasi-koperasi yang turut sama menawarkan khidmat dan produk-produk kewangan untuk memastikan kemapanan ekosistem kewangan negara untuk jangkamasa panjang.


Dalam mendapatkan pembiayaan, panelis telah menasihatkan koperasi agar memastikan dokementasi mereka adalah terkini. Pihak koperasi juga dinasihatkan untuk melabur dalam teknologi-teknologi sedia ada yang boleh membantu mereka dalam mengemaskini data dan dokumentasi tersebut demi menjamin sistem pengurusan yang telus dan cekap.


Selain itu, panelis-panelis juga menasihatkan pihak koperasi agar melabur dalam teknologi pendigitalan untuk memastikan segmen koperasi senantiasa relevan dan tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.



23 views

Kolaborasi eksklusif antara Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA) dalam memperkasakan elemen pematuhan syariah menerusi Teknologi Kewangan (FinTech) di dalam model perkhidmatan kewangan Koperasi Kredit Negara

Bahagian Pengurusan & Pembangunan

Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor 

+603 - 7884 6789

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

Level 10 Kelana Parkview Tower,

Jalan SS6/2, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya,

Selangor

+603 - 7880 2001