Search

Ekosistem FINTECH Malaysia


Model Perniagaan Era Digital

Jangkaan 1 trillion peranti yang akan bersambung ke internet pada tahun 2025 menunjukkan perkembangan teknologi yang berlaku pada masa ini akan bertambah cepat dan pesat.


Hasil dari perubahan arus teknologi yang berkembang pesat telah memberikan impak terhadap perubahan drastik pengguna dalam mendapatkan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh usahawan termasuklah dari segmen Koperasi.


Untuk menyediakan Koperasi ke arah industri revolusi 4.0, Koperasi dicadangkan untuk mengenal pasti model perniagaan yang "Disruptive" supaya menarik lebih ramai pengguna untuk menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.


Sebagai contoh, UBER, GRAB, NETFLIX, FOODPANDA dan seangkatan denganya telah menjalankan model perniagaan yang "Disruptive" dalam menyediakan perkhidmatan kepada pengguna. Mereka bertindak sebagai operator dalam mengendalikan perniagaan kepada pengguna. Ini hanya boleh dicapai dengan mengadaptasi elemen pendigitalan di dalam model perniagaan yang diusahakan. Tanpa pendigitalan dan teknologi, sesuatu organisasi tidak mampu mensasarkan perniagaan ke skala yang lebih besar.


Begitu juga halnya dengan Koperasi yang memberikan penumpuan terhadap segmen "Pengkreditan", MDEC menyediakan beberapa inisiatif untuk organisasi yang berminat memacu perniagaan dengan menggunakan platform Teknologi Kewangan (FINTECH). Antaranya inisiatif yang ditawarkan adalah; penyediaan ruang kerja khas untuk syarikat fintech, program accelerator dan regulatroy bootcamp.


MDEC menitik beratkan Digital Financial Inclusivity dengan menawarkan beberapa program termasuk eUsahawan, eRezeki, eLadang dan GLOBAL Online Workforce untuk disertai oleh syarikat, organisasi dan individu yang berminat.


MDEC juga mahu bekerjasama dengan koperasi untuk memastikan ahli-ahli kperasi dapat memanfaatkan teknologi digital, dan untuk membantu koperasi berhubung dengan syarikat-syarikat fintech.


Norhizam Kadir - Naib Presiden MDEC

Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila klik link di bawah;

https://static.wixstatic.com/ugd/2432cc_991a0e1ceddd4a3a944fdb3ca7c26d38.pdf



8 views

Kolaborasi eksklusif antara Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA) dalam memperkasakan elemen pematuhan syariah menerusi Teknologi Kewangan (FinTech) di dalam model perkhidmatan kewangan Koperasi Kredit Negara

Bahagian Pengurusan & Pembangunan

Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor 

+603 - 7884 6789

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

Level 10 Kelana Parkview Tower,

Jalan SS6/2, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya,

Selangor

+603 - 7880 2001