Search

Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi


Dalam forum "Kewangan Syariah Dari Perspektif Teknologi", Para panelis bersetuju bahawa syarikat penyedia FINTECH Islamik mempunyai tanggung jawab tambahan yang amat penting iaitu untuk memastikan setiap teknologi yang diketengahkan dibangun berdasarkan peraturan dan syarat-syarat kewangan Islam dipatuhi.


Terdapat pelbagai jenis kontrak yang dalam mengendalikan model kewangan Islam kepada pengguna, antaranya adalah; konsep Tawarruq, Murabaha, Musyarakah, Mudharabah dan bermacam-macam lain. Setiap dari konsep ini adalah berbeza dari segi pengendalian, kontrak, akad dan cirinya. Dengan mengadaptasi teknologi perbankan, setiap konsep kewangan islam ini boleh dilakukan dengan automasi dan melalui kaedah pendigitalan bagi mengurangkan elemen kesilapan dalam memendekan waktu pemprosesan kewangan islam kepada anggota atau pengguna


Kita tidak hanya boleh berpuas hati dengan dunia di hujung jari. Sebagai Muslim, kita perlu memastikan dunia dan akhirat berada di hujung jari, dan teknologi perlu bersedia untuk memenuhi kehendak ini.


Kita perlu bersedia untuk menghadapi cabaran yang baru di masa hadapan. Seperti yang dipetik oleh salah seorang panelis di dalam forum tersebut; "Banking is necessary, but banks are not " . Dalam menjalankan peranan sebagai institusi yang mengelolakan perkhidmatan kewangan kepada anggota, Elemen pematuhan Syariah dan teknologi harus dijalankan dengan seiring supaya segala proses di dalam melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan adalah bebas riba dan mengikut rukun-rukun Islam yang telah disyariatkan oleh Majlis Penasihat Syariah dari institusi yang bertauliah disamping mengambil kira pengalaman pengguna dalam melayari perkhidmatan yang ditawarkan.


Saranan panelis adalah untuk mengsyorkan Koperasi-koperasi berkolaborasi bersama Institusi dan syarikat yang telah mendapat pengakreditasian dari regulatory dan badan-badan yang diiktiraf Kerajaan dalam memastikan segala aspek pematuhan termasuklah elemen Syariah dipatuhi


Forum ini disertai oleh Prof Madya Datuk Haji Mohamad Ali bin Hassan, Naib Presiden ANGKASA, Prof Madya Dr Azman Hasan, Kulliyah of Law IIUM, Fazrul Izwan Hassan, CTO Sedania As Salam Capital, dan Dato' Wan FadzmiWan Othman sebagai moderator.



6 views

Kolaborasi eksklusif antara Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA) dalam memperkasakan elemen pematuhan syariah menerusi Teknologi Kewangan (FinTech) di dalam model perkhidmatan kewangan Koperasi Kredit Negara

Bahagian Pengurusan & Pembangunan

Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor 

+603 - 7884 6789

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

Level 10 Kelana Parkview Tower,

Jalan SS6/2, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya,

Selangor

+603 - 7880 2001