Search

Perbankan Digital



Sistem Perbankan Digital bukanlah opsional, tetapi adalah sesuatu yang mesti diimplementasikan bagi memastikan kelestarian sesebuah entiti kewangan. Sekiranya institusi pembiayaan termasuk koperasi tidak melakukan sebarang anjakan paradigma dalam menyediakan teknologi pendigitalan di dalam aktiviti pembiayaan mereka, mereka akan ketinggalan, dan seterusnya berkemungkinan akan terkubur dalam arus globalisasi pemodenan.


Adalah penting bagi semua untuk memahami kehendak pengguna dan pelanggan pada masa ini untuk kekal relevan. Kolaborasi dengan rakan fintech yang betul, serta patuh syariah akan memastikan kehendak pengguna akan dapat dipenuhi disamping menjaga muamalat kewangan yang ditawarkan.


Secara dasarnya perbankan digital adalah satu platform dalam menyediakan perkhidmatan kewangan kepada pengguna dengan mengadaptasi sepenuhnya teknologi kewangan dalam pengurusan dan operasi organisasi supaya segala proses dapat dilakukan secara langsung, berautomasi dan bebas kesilapan.


Dalam menghadapi cabaran tingkah laku pengguna yang drastik di mana hampir keseluruhannya adalah pengguna tegar kepada telefon pintar, media sosial dan pelbagai aplikasi, Koperasi disarankan agar menawarkan model perkhidmatan kewangan bercorak digital kepada ahli-ahli dan pelanggan.


Penyerapan teknologi perbankan digital dapat memacu perkhidmatan kewangan koperasi dari bersaiz sederhana ke skala yang lebih besar berikutan teknologi ini adalah tidak terbatas oleh sempadan masa dan tempat, malah ianyan boleh diakases oleh pelbagai peranti


Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (ASSALAM) merupakan syarikat penyedia platform perbankan digital secara patuh syariah di mana objektif penubuhannya adalah untuk membantu Koperasi dalam memberikan konsultasi dan menyediakan platform perbankan digital secara komprehensif. ASSALAM juga menjalankan kolaborasi bersama ANGKASA dalam menawarkan platform pembiayaan tawarruq patuh syariah, di mana platform ini telah membantu hampir 60 Kredit Koperasi di Malaysia dalam memproses pembayaran pembiayaan secara patuh syariah kepada ahli-ahli koperasi secara automatik yang bernilai hampir RM350 Juta



Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila klik link di bawah:


https://static.wixstatic.com/ugd/2432cc_ec5ebed600c04871a2d8858850be8856.pdf


4 views

Kolaborasi eksklusif antara Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA) dalam memperkasakan elemen pematuhan syariah menerusi Teknologi Kewangan (FinTech) di dalam model perkhidmatan kewangan Koperasi Kredit Negara

Bahagian Pengurusan & Pembangunan

Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor 

+603 - 7884 6789

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

Level 10 Kelana Parkview Tower,

Jalan SS6/2, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya,

Selangor

+603 - 7880 2001