Search

Teknologi Kewangan Islam Masa Hadapan



Hari kedua dimulai dengan forum yang bertajuk “Teknologi Kewangan Islam Masa Hadapan”. Datuk Azrin Mohd Noor, Pengarah Urusan Sedania Innovator Berhad, En Syahrunizam Samsudin, CEO Touch n’ Go dan En Norhisham Haji Mohamed melengkapkan barisan panelis-panelis pada hari ini. Forum dimoderasikan oleh En Amiruddin Amri dari Sedania As Salam.


Visi ‘cashless society’ yang di war-warkan dalam Bajet 2020 sebenarnya boleh diasimilasikan di dalam segmen koperasi. Malah apa jua cabaran teknologi terkini boleh disahut oleh pihak koperasi sekiranya mereka terbuka dalam menyelaraskan operasi mereka untuk kekal relevan dalam dunia kewangan moden.


Matlamat 'cashless society' ini merupakan satu pendekatan yang penting bagi membolehkan Koperasi mengenal pasti aktiviti pengguna melalui proses analisis data. Ini juga memberikan peluang kepada Koperasi untuk mencari peluang-peluang baharu dalam melebarkan aktiviti perniagaan koperasi itu sendiri. Sebagai contoh, sekiranya Koperasi mengadaptasi platform e-Wallet yang disediakan oleh penyedia e-wallet yang sah di dalam model perkhidmatan kewangan mereka, Koperasi boleh mengenal pasti trend dan aktiviti pengguna di dalam platform wallet itu sendiri seterusnya menyediakan perniagaan-perniagaan sampingan kepada anggota berdasarkan trend terkini yang dipaparkan.


Ini perlu untuk memastikan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan tidak berkisar hanya kepada memberi pembiayaan kepada anggota, tetapi yang penting mewujudkan rantaian setelah pembiayaan itu dijalankan


Dalam membina sebuah platform yang baru, panelis berpendapat bahawa adalah penting bagi pembinaan sebuah platform yang boleh menarik minat belia untuk menyertai koperasi, disebabkan koperasi memerlukan keahlian yang muda untuk memastikan kesinambungan koperasi tersebut.


Dalam memberikan pembiayaan pula, dalam mencari keuntungan perlu ada sebuah sistem yang bertanggungjawab kepada pelanggan mereka untuk memastikan “financial health” tidak terkesan akibat pembiayaan tersebut.


Untuk kekal relevan, sebuah koperasi itu perlu menggunakan teknologi kewangan yang menguruskan pertukaran tingkahlaku atau behaviour pelanggan-pelanggan mereka. Ahli koperasi perlu sedar bahawa menyediakan sebuah kewangan yang halal adalah sebuah jihad untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.



29 views

Kolaborasi eksklusif antara Angkatan Kebangsaan Koperasi Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Sedania As Salam Capital Sdn Bhd (SEDANIA) dalam memperkasakan elemen pematuhan syariah menerusi Teknologi Kewangan (FinTech) di dalam model perkhidmatan kewangan Koperasi Kredit Negara

Bahagian Pengurusan & Pembangunan

Syariah ANGKASA

Unit 510, Tingkat 4, Blok C
Glomac Business Centre
No.10, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya, Selangor
Petaling Jaya, Selangor 

+603 - 7884 6789

Sedania As Salam Capital Sdn Bhd

Level 10 Kelana Parkview Tower,

Jalan SS6/2, Kelana Jaya 
47301 Petaling Jaya,

Selangor

+603 - 7880 2001